Want your
own Fotopage?







 
My Darling Niece Aisya Saffiya

By: aisya saffiya mohd mazwan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 30-Dec-2008 07:42 Email | Share | Bookmark
happy new year!!!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
haaaaiiiii....lamanyaaaa tak update..hujung2 tahun ni bukan simptom chikukunya je yang merebak..simptom malas update pun merebak hehehe
p/s: nek teh masuk hospital sebab demam panas..memandangkan banyak suspect penyakit chikukunya di area kampung, doktor nasihatkan nek teh masuk hosp. masuk ahad sampai hari ni selasa masih lom keluar sebab demam tak kebah. tp nek teh nampak sihat..boleh makan, ckp2 dan boleh bangun pegi toilet sendiri..cuma suhu badan je lom turun..maklang jaga masa cuti, ni tak cuti tak dptlah nak jaga..hopefully nek teh cepat sembuh.. doakan nek teh ye

ok bulan november..memang cerita menarik. kami sumer gi POP Cik Ani kat TUDM, Kepala Batas Kedah. POP is Passing Out Parade. ala-ala graduation la.. memang best w/pun kena bangun awal2 pagi tp kami sumer bersemangat nak tgk cik ani..lama cik ani berlatih..sebulan lebih..
yg kelakar nya, start je POP, sumer budak2 tido ngantuk sangat! we enjoyed every moments of the ceremony..dah lama tak tgk pancaragam kan..dgr lagu 'inilah barisan kita...' last dengar live zaman sekolah2 dolu kot hehe..

masa tengah berkawat..cuaca baik, matahari menyorok..tak panas..









habis je, kawan cik ani, aunty reen peluk cik ani ke'happy'an



yeay! cik ani dah habis training!!!!!







aktiviti sementara tunggu atuk, nenek dan cik ani beramah mesra dengan Panglima. dari camera mama, sebab kapal terbang ni jauh sangat..sumer malas nak jalan hehe..budak2 dgn mak bapak budak je yg pegi..so camera maklang takde gambar2 abg ami, abg adan, ajin n nurina dan jugak uncle pegi ke kapal terbang dan berposing2..



gambar cik ani kuar dlm paper utusan malaysia


(DARI kiri) Kapten Suzana Idrus, Kapten Haryani Hasan, Kapten Norlela Mohd. Sakri, Leftenan Noor Azreen Abdullah, Leftenan Azlinda Ahmad dan Kapten Noraini Abdullah yang merupakan enam pelatih wanita yang berjaya menamatkan kursus Asas Pegawai Siri 21/08 dan Pegawai Tugas Khas Siri 09/2008 di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas, Alor Star, kelmarin.

6 wanita antara 62 pelatih KTU tamat kursus

ALOR STAR 30 Nov. - Seramai 62 pelatih termasuk enam wanita menamatkan latihan asas pegawai dan pegawai tugas khas di Kolej Tentera Udara (KTU) di sini semalam.
Enam pelatih wanita itu terdiri daripada Kapten Noraini Abdullah, Kapten Suzenna Idrus, Kapten Haryani Hassan, Kapten Norlela Mohd Sakri dan Leftenan Noor Azreen Abdullah.
Salah seorang pelatih wanita, Haryani, 24, menjelaskan, walaupun latihan yang dijalani begitu memeritkan, minat yang mendalam dalam bidang ketenteraan mendorongnya bersabar sepanjang menjalani kursus itu.
Anak kelima daripada lapan adik beradik itu menjadikan abang sulungnya sebagai idola dalam bidang tersebut.
"Abang saya menjadi komando dalam pasukan tentera darat dan saya berminat untuk menyertai bidang ini kerana bidang tugasnya yang mencabar.
"Sebelum ini, saya juga memasuki Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) di universiti dan terus memohon untuk diserapkan sebagai warga TUDM selepas tamat belajar," katanya ketika ditemui di KTU di sini semalam.
Upacara perbarisan tamat kursus itu dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.
Seorang lagi pelatih wanita, Azlinda Ahmad, 24, turut bersyukur kerana berjaya menamatkan latihan setelah menempuh pelbagai cabaran sepanjang berkursus.
"Tiada perbezaan dari segi latihan walaupun kita adalah wanita kerana latihan yang diterima oleh pelatih wanita sama dengan pelatih lelaki.
"Latihan yang diberikan memang mencabar kudrat seorang wanita namun kami berjaya membuktikan wanita juga mampu menjadi anggota tentera seperti lelaki," jelasnya.


minggu yang sama kami pegi tgk cik ani tu, cousin maklang anak arwah makngah gi bertandang(nikah) di Parit Buntar, Perak. next weeknya, 6.12.2008, majlis berlangsung di rumah mereka di Klang. maklang gi jumaat malam..tolong setting pelamin (belaja dr yg pakar ) dan buat bunga sikit..bunga tangan utk pengantin pompuan pun maklang buat..as a present(tukang buat bunga bagi apa lagi, bagi bunga la hehehe..) esoknya kami dtg utk majlisnya plak.

antara gambar2 yang dipilih utk dipublish..terlalu banyak..tatau mana satu nak pilih..







selesai majlis kawin, ada majlis tunang plak..engagement of cik Inas, anak nek induk kat shah alam pada 20.12.2008. antara waktu tu, 'geng2 bas sekolah' all the way from PD to Labu, datang ke Putrajaya..tinggal kat kampung hanya papa, mama, atuk, nenek dan Ayiz cian Ayiz kena tinggal..uncle muaz, sofy, abg ami, abg adan dan maksu join kak aniz dan abg hanafi di Putrajaya. Cik Midah ada kat sini sekali dok sini dengan anak2nya. meriah tak meriah hehe..
maklang nak mengucapkan tahniah kepada maksu kerana berjaya mengontrol budak2 ni.. huh memang maklang suspekkkk habisssss

ni masa picnic @ fav spot, depan palace of justice..siap main galah panjang..ada 2 geng..geng kereta wira dan geng teksi obviously because kami (maklang, kak mas, kak aniz dan abg ami) kena naik teksi..1 keta je ada kat sini..hehe. pakcik teksi pun pelik..
"buat apa pegi padang tuh malam2, korang nak buat apa kat sana?"
"nak picnic lah pakcik"
"ooooo"

ni satu lagi, gambar berlambak so maklang ambik yang mana2 sesuai utk tontonan umum je ye



jumaat malam last budak2 ni gi kuar main bowling, maklang tak ikut, ada keje uncle J dtg dengan cik Pah dan nurina dan ajin. pagi2 esok nak bertolak ke umah nek Induk.
majlis pertunangan cik Inas berlangsung selepas Zohor. hantaran2 contribution from me *clap clap* maklang buat simple as requested by cik Inas. theme color coklat hijau..cantik combination color nya. saja maklang offer nak buat..atuk yaacob, nek Induk, cik Inas, uncle Iman dan uncle Acap lama duduk dekat2 umah kami dulu..dari cik Inas lahir (maklang ingat masa dia umur 2 3 hari tuh) sampailah dia pindah masa maklang umur 21 kot..dah macam adik2 sendiri, esp uncle Acap dulu tecit je..ketot..suka mengekor maksu..sekaranggggg..lagi tinggi dari maksu! sekarang sapa suka mengekor maksu? sapa lagi..uncle Muaz lah

gambar as usual memang banyak, maklumlah sumer kaki posing tp maklang tau nak upload memang slow..masukkan mana2 yang perlu jelah ye hehehehhe....





selesai majlis, upacara mengambil anak masing2 dari maksu hehehe..kelakar betul.. budak2 ni baliklah ke pangkuan mak ayah masing2 sebab maksu akan lepak kat sini. malam tuh, neksu call maklang:
neksu: ana, mana adik tak angkat hp dia?
maklang: oohh hp dia dlm bilik kot..nape?
neksu: ni ha si muaz menangis2 nak ckp dengan adik..
maklang: kenapa????
neksu: yelah, sumer geng dia dah balik..tinggal sorang2..sunyi lah..tu yg menangis2 tuh..
maklang: laaa yeke..hehehee..cian uncle kesunyian

esoknya maksu pun balik kampung sebab nak start practical. maksu bgtau, dia ada sms abg ami dan abg adan.."i miss u"..diaorg pun reply.."we miss u too" jiwang karatlah korang yelah maksu best lah..apa diaorg nak, maksu bagi..masak2 best2 utk diaorg(maksu dah jadi mcm nigella hehe)

skrg officially, kami sumer adik beradik dah habis belaja..maksu dah habis belaja dah tinggal practical je..cepat masa berlalu..dulu 6 beradik sekolah..huh tak dpt maklang bayangkan saat tuh..rumah riuh rendah dengan kami..skrg masih riuh esp on weekend. riuh tambah dengan budak2 3 orang, uncle, sofy dan ayiz dtg family uncle J lagi lah riuh budak2 ramai...masing2 dengan geng masing2..

ok maklang habis idea nak tulis!!!!!!!

pics of little hero. mode: mengantuk + control comel



and little munchee baby girl. mode: hyper!



malam ni papa, mama, sofy and Ayiz balik kampung papa naik flight..wah ayiz 1st time naik kapal terbang.. tataulah apa citernya nanti hehe..balik sini balik weekend ni..then on monday insyaAllah sofy akan masuk sekolah!!!!! hopefully sumer okay, takde aksi2 dan drama2..sebab yg akan handle ialah Atuk!!!! Good Luck Atuk

ok penat maklang type dah..byeeee!!!


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.