Want your
own Fotopage?







 
My Darling Niece Aisya Saffiya

By: aisya saffiya mohd mazwan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Sunday, 1-Jul-2007 11:54 Email | Share | | Bookmark
ALL IN ONE ENTRY

haaaa..kali ni pun banyak pics (tapi maklang meng'collage'kannya sebab malas upload lelama) and this time is entry for sofy's 2nd birthday at kampung, father's day celebration and uncle muaz's sukan sekolah..
dah settle nanti maklang boleh menyiapkan keje maklang dengan hati yang senang hehe..kalau tak, asyik pikir je, pics tak upload, nanti dah banyak lagi malas betul tak sofy? betu<-- kata sofy
walaupun sofy pelat, tapi at her age, most of us can understand apa yang dia cakap. dan dia paham/ingat esp bile tgk something. mcm tadi dia tengok pic cake maklang buat, dia kata "ana bacak tek ni"(ana masak kek ni). maknanya dia tau keje maklang dok dapur ngadap oven huhu..lagi satu, nampak camera je, babik gaba(can guess right?)jari tu siap tekan-tekan hehe..pastu dia nak maklang ambik cd, dia datang.."cik ana, tu-un bawah, abik pegu, abik bus"(ambik cd pingu and cd wheel on the bus)

------------------------------------------------------------------
sofy's 2nd birthday at kampung


ini lah namanya keje pemalas


sofy dan papa..la la la..(mcm afi dan abah )


'tek' birthday ieya..
maklang : gambar sapa tu ieya?
ieya : nimi (erk..minnie )


maklang nyanyi happy birthday to uncle, sofy nyanyi happy birthday to babah hahahha..




the crocs team sedang berposing

------------------------------------------------------------------
Father's Day Celebration


This is from my best friend, auntie Jase. actually, hari tu masa maklong gi sabah, maklang soh belikan gelang tangan pearl utk maklang then beli 1 lagi yang serupa utk auntie Jase. so hari tu masa maklang gi jumpa dia, maklang bagilah..tengok2 dia pun bagi box kat maklang..aik apa ni? adalahhhhh...bukak ye (hehe tak sabar maklang) bukak2 wahhhhh..thanksssss i really love it. dia kata masa nak bayar tu, cina belakang dia tanya, "manyak cantik wo, mana ambil". dia jawab,"dah habis dah, ni last" "sebenarnya suz, ada lagi..saja je aku kata habis" auntie Jase ni memang camtu, kuat menyakat!! jumpa lama gak hari tu, sembang2 pasal bisnes (apa lagi nak sembang, tu la!) tapi yang best, family dia memang sporting. w/pun auntie Jase dah kawin dan ada anak, maklang selalu je gi jumpa bile dia balik sban. husband dia pun tak kisah.ermm dah lama gak kami kawan, kenal sejak sekolah menengah form 2 tapi close masa form 3..so dah 14 tahun kami kenal! uh lama gak eh hehe..


ni lagi hasil keje pemalas! yang maklang enjoy ialah tgk pic uncle makan kek. fav dia tu kek and cheese.ice cream pun tapi ni dia batuk, atuk tak bagi makan sangat.

------------------------------------------------------------------
Sukan Sekolah Uncle Muaz 2007


okeh, pic ni takde kena mengena dengan sukan lagi. sebenarnya hari sukan sekolah hari ahad tapi babah uncle kata 30hb so maklang ingat sabtu lah..rupanya ahad. so sabtu tu dok umah je la. tapi uncle gi jalan2 City Park Sban 2 ada Syoknya TM kat situ. pic tu dia merajuk sebab dia dengar kat radio ada pertandingan layang2 so dia nak bawak layang2 dia..layang2 dia plak dah rosak so dia merajuklah..tapi balik tu ok je sebab babah dah belikan layang2 baru warna oren


hehe..comel kan? setiap sekolah ada warna baju sendiri dan warna baju uncle biru, so uncle pakai flower biru! uncle masuk acara pertama lari pass batton. ok la laju gak dia lari tetiba nak pass batton kat kawan dia..aik??!! mana kawan dia? laaaaa..rupanya ada budak baju hijau dah pass batton kat kawan dia dan kawan dia pun terus lari je tak toleh2 tinggallah uncle kat belakang dengan batton dan budak baju hijau sorang takde batton so takleh lari..maklang ingat dia nak ulang tapi tak ulang pun..sian uncle..maklang quite frustrated gak la.. yelah budak2 kan..sure dia rasa sedih sebab dia dah rasa dia mcm pelari olimpik ke kan(manalah tau) tetiba jadi mcm tu so we all pujuk la w/pun dia nampak rileks je..hehe kami plak emotional!!! then 2nd acara najwa masuk dapat no 3 tapi uncle tetap cool bile ada cabutan bertuah selepas penyampaian hadiah tu, nombor maklang naik dapatlah setin biskut huhu..(hadiah2 sumbangan ibubapa okeh, jangan komplen)




najwa bersama medal


uncle dapat tempat ke2 dalam acara tarik bola guna gelung! siap praktis kat umah dgn atuk tau!! hehe..dia tarik dan lari dengan lajunya..uncle nih hebatlahhhhhhhh im so proud of u!




happynya uncle!!!

ohh..semalam tengahari maklang masak mihun kungfu, then lepas semua kekenyangan tersandar tengok citer hindustan (kelakar citer dia tapi last tu sedih..as usual ) nenek keluar dari bilik bawak buku letak sebelah maklang..wahhhhh cook books!!
terus maklang capai 2 buku ni baca dulu. recipes dia quite simple gak. maksu plak datang belek..
"mm adik dah lama teringin pancake ni..sedapnyaaa.."
"ha yelah kak na buat..ada nak apa2 lagi"
"puding roti ni pun mcm sedap je"<--maksu demand kan sofy kan? hehehehe
"tapi roti takdo, ado roti den buek"
akhirnya buat american pancake..sedap gakla cuma tawar (1 tbsp sugar je) maksu pun apa lagi, bukak fridge kuarkan cooking choc cairkan dalam microwave..maklang plak siap letak vanila ice cream atas tu ye..pastu buat2 ala jamie oliver masak terus makan then buat mcm nigella plak, makan sambil berdiri tepi tingkap sambil memuji masakan sendiri sambil mengelap choc yang meleleh kat mulut


satu lagi, baru je maklang buat account photobucket utk FP ni sebab FP kan ada limited storage tapi tadi maklang terpandang "unlimited storage"
apakah benar ini? huaaaaa penat maklang upload kat PB tau..lenkali ckp awal2 ye..
tapi maklang gembira sebab takyah nak alih2 pics dah..kan unlimited huhu..

wahhh dah habis??!! yeayyyyyyyy..settle keje maklang!!
Quote:

mommy d&d - nak nasik minyak datang umah aku..aku masak spesel utk ko.. takyah tunggu kenduri. gambar tak sempat nak snap lah..keluar dari kuali je terus masuk mulut..nanti kalau aku buat aku snap pic okeh?
cik aini - uncle mmg cute larrrr..baju hijau? cehhhhhh
mama-ainna - aku nak pegi tapi takde geng..so tak sampailah ke sana tapi dia ada bagi pic. ko bagi email add ko, aku email kat ko pic dia ok
mamaHayyan - tak silap aku kat jusco kot dia beli..tapi jusco JB..sini taktau ada ke tak..ko trylah cari
mama-ainna - okeh aku email kat ko pics and also hp no dia..no lama dia pakai lagi tapi ada no baru gaks

suz...lina kawin gi x?
Mon 9-Jul-2007 05:26
Posted by:mama-ainna
suz,aku berkenan la mug yang kawan ko bagi tu.mana leh beli??satu baper?? Wed 11-Jul-2007 04:41
Posted by:mamaHayyan  - [Link]
e-mail gambo lina yek... x sabau dah nih... nak contact lina camner yek.. Wed 11-Jul-2007 05:57
Posted by:mama-ainna anana_arief@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


Friday, 29-Jun-2007 05:25 Email | Share | | Bookmark
April - June

kejap je dah 3 bulan kan?
haah, nek mah dah 3 bulan pergi..hari ni maklang teringat sangat kat nek mah..dari pagi..ntah apsal..selalu tu kejap2 teringat..ni dari pagi rasa emotional je
nek mah ada visit kita kat putrajaya kot
insyaAllah hari Ahad ni maklang nak pergi ziarah arwah..awal pagi skit..
nak ajak maksu n cik ani sekali..maksu nak balik kot, dah habis cuti..
emm malam ni maklang nak balik kampung.sofy tinggal dengan mama!! hehehe..
papa keje..hari ahad sofy balik ek..maklang nak balik sebab uncle muaz ada sukan esok..
alamak camera plak dah jatuh, mcm nak dimintak beli baru je.. tapi masih boleh pakai cuma dia dah tak betul skit..kalau takleh repair, maklong kena beli baru lah (maklong pun ckp nak beli baru hari tu ) oklah nak sambung keje..



sofy tengok pingu sambil buat aksi comel..

Quote:
sofy - cik ana..balik mahhhhh

Quote:

Khairyn's mommy - hehe..time buat muka cute memanglah geram, tapi bile tengah angin, maklang 'geram' gak..tapi nak marah takleh, sebab buat muka sedih ala ala cute
mamaHayyan - tengah tgk pingu tapi buat muka serious dia la..apa lagi. tapi kalau pingu jatuh tergolek ke, ketawa besarlah dia azam kena transfer ke sudan..merantau jauhlah member kita ni..

alaaa....comeinye aisya ni...geram...nanti aunty gigit idung baru tau...hehehehe ..suz aku masih di sini lagi...azam kena settle byk benda before we go...erm...ko pekaba?nanti aku nak g putrajaya...aku nak g kedai ko k...pape aku call...take care suz.. Sat 30-Jun-2007 02:43
Posted by:Khairyn's momy nazlynrosli@gmail.com  - [Link]
haah la suz,comel la muke sofy time nih..tengok pingu ke tengok citer sedih.sayu je muke.anyway lyn nak pegi mana weh?? Wed 11-Jul-2007 01:20
Posted by:mamaHayyan  - [Link]
Add comment


Wednesday, 6-Jun-2007 11:57 Email | Share | | Bookmark
ye..ye..maklang update..

maklang bukan malas update..
this week maklang sakit pinggang..salah tido kot..pinggang sebelah kiri punyalah sakit mak aiii..
bila duduk susah nak bangun..bila bangun susah nak duduk..serba tak kena dibuatnya..
tapi kenangkan maksu aka cik adik yang kata "adik selalu bukak tapi kadang2 tgk tak update pun.." (dengan mulut dia yang moncong2 tu.. ) emm..sian plak maksu kan sofy kan?

ni pics masa gi alamanda dan ada gaks photos dolu2 yang maklang termissed nak masukkan dalam ni..



pics sofy tido nih..bulan april kot (lama tak lama maklang buat jeruk..) tengok dia sedap je tido.. deep sleep..maklang kiss2 pun buat derkkk je..maklang pun snap pics..



ni plak pic masa kat kampung..sofy bersama 'bata' = bantal..
bantal ni dah jadi mcm2 benda dah..dia layan mcm teddy bear..
latest sekali dia kata bata bucuk ni baby..siap dukung mcm baby..letak atas car dia pastu tolak mcm tolak baby dalam stroller sungguh tinggi imagination mu sofy hahahhaha...
nanti tolak stroller baby yg dalam perut mama ye..



ni plak masa bday dia..tgh makan kek..seronok betul makan kek..tapi separuh jalan je la.. pastu dia suruh kak mas habiskan kek dia..



ni plak masa tengok pingu sebelum kuar ke alamanda..CD pingu banyak dah dia ada.. kalau rasa2 tanak bagi dia mengamuk..sila lah pasang not not.. tapi lately dah pandai sebut pingu..si pinga pun dia dah reti..cuma dia masih suka sebut 'not not'..kalau dia happy sangat dia sebut 'not not'.. mcm pingu gakla..huhu..



ni masa kat cozy..org sebok tunggu order, dia sebok main pen.. budak2 waitress kat cozy tu plak dok tgk dia je..geram je.. dia plak nak lari sana sini..last2 maklong layan dia dok luar sebab dia nak berlari-larian kat luar tu..




ni pics sebelum gi makan..bawak dia gi Little Bud kat Alamanda tu, bagi dia main puas2..mmg puas la dia main.. jenuh la maklang kejar nak ambik gambar..tu pics kureng jadi sebab dia takleh nak statik jap. so sumer pics bergerak2..camera pun setting dah lari (malas maklang nak check setting ) tapi mmg dia suka betul..last pegi? emm tak ingatlah..masa kecik lagi la..tak reti nak main2 lagi..ni dah reti.. apalagi ..lompatan dan panjatan adalah hasil pertolongan jurulatih Khidmat Negara, Kapten Cik Ani (cik ani nak jadi kapten kankan? hehehehe....) dan juga kak mas yang kurus (boleh masuk dalam gelongsor..hehe..)



bawah ni plak pic uncle muaz yang kiut..
aksi di atas adalah bukan spontaneous..mmg dilakonkan utk ambik gambar hehehe..
baru je uncle elok demam dan sakit perut..tu la tanak makan nasik..sampai perut kembung..jumpa doktor suspect apendiks..menggelabah kami sumer..risau..tapi alhamdulillah cuma kembung biasa..balik hosp ketawa2 plak dia..rasa mcm nak sekeh je! tapi turun keta je maklang terus peluk uncle..risau! malam tu kenyanglah dia makan roti canai.. sekarang kalau tanak makan, kena lecture la..masuk hosp cucuk tangan ambik darah bla bla bla.. ermm muaz..muaz...
alamak..dah lewat! ok2..next week update lagi..



Quote:
mamaHayyan - haah aku nak dapat anak sedara baru hehe..sofy nak jadi kaklong dah. kakak aku dijangka bersalin bulan 9

Care to comment?


Thursday, 24-May-2007 06:59 Email | Share | | Bookmark
sneak peek on sofy's bday..



acara sebenar belum diputuskan date n time nya kerana ke 'busy' an papa n mama sofy..
hopefully cuti sek ni sebab cik su nak datang dari kelantan..
on sofy's bday, maklang gi KL beli barang skit..so sempatlah maklang singgah secret recipe beli kek kesukaan sofy, choc indulgence..maklang mintak 2 lilin nak suh dia tiup..excited la dia..
ptg tu, maklang, cik ani n kak mas je yang celebrate sebab sumer org lain takde..keje..huhu..
malam tu, papa sofy belanja we all sumer makan kat cozy alamanda..bday girl tak makan, kita org yang makan ..
pic lain update kemudian ek..maklang ada keje nak siapkan..
bye!

Care to comment?


Sunday, 13-May-2007 17:41 Email | Share | | Bookmark
Happy Mother's Day



firstly..
nak ucap selamat hari ibu untuk semua ibu-ibu di mana jua anda berada..cewahh hehe..
tadi tgk AC dimana? AC di sini..sempoiiiii.. sebab dia jemput amy mastura..lama tak tgk amy mastura. layan jap la kan..citer pasal hari ibu..AC tanya amy..benda apa yang dia menyesal bagi anak dia.. dia jawab banyakkkk salah satunya pen! sebab rumah dia dah warna warni..huhu.. sama la sofy pun keje dia dpt pen nak tulis..mula2 memanglah mintak kertas..lama2, tulis atas tangan, kaki, baju bagai..sofa pun bercorak2..sampai kan tupperware kat dapur pun ada hasil kerja dia.. tapi dia paling suka kalau org lukis gambar dia..pastu dia kata tu gambar mama..sebab lukisan tu nampak mcm org besar..pastu dia suruh lukis "pala"(kepala)..cik ani dah lukis kepala atuk siap dengan kepiah atuk..dia sambung lukis badan..huhu..memanglahhh anak angah sorang nih

skrg ni pantang lagu AF, bukan menari dah..siap nyanyi2..gemilang cahaya..ya je bunyi
fantasia..ya gak..dia ambik belakang2 je la.. kalau lagu slow..dia pun nyanyi slow.. siap pejam2 mata..teringat muaz kecik2 dulu, masa tu AF2..dia dok "yo yo yo what's up what's up, vote for adam!" skrg ni minat fatin plak..minat yang comel2 je..

jumaat petang atuk, nenek n uncle muaz sampai..sofy tido..20 mins je, atuk takleh tunggu, dia suruh uncle ash kejut sofy..hehe..excited la sofy nampak diaorg! sabtu pagi atuk, maklong n mama pegi pasar..balik2 beli ketam..nenek dah potong2 siap..tapi nak ketuk skit..so maklang pun dengan ala-ala terenya, bawak keluar ketam ketuk kat garage keta..huhu..terbang habis sepit ketam! dah tu cuci2 depan tu..bawak kuar kelapa plak..nak kupas..sekali lagi maklang dok kupas kelapa dengan mak su..sampai org depan rumah tegur..wahh..mcm kat kampung..atuk gelak je..maklang tensen huh..mau tak nya..10 biji ada maklang kerjakan..mcm dah mandi air kelapa..lunch pukul 4pm..

dah makan2 sumer maklong bawak nenek n mama n sofy n uncle gi shah alam..nak beli tudung. maklang gi KL nak beli bunga..atuk nak gi alamanda dgn paktih..cik ani n maksu dok umah..layan komputer..balik2 je..maksu nak cendawan goreng salut tepung..maklang pun berkarate kat dapur.. bukan cendawan je..udang ayam habis bersalut2 sekali..apa pun..tetap licin dikerjakan maksu..hehe..layan AF sampai habis terus baring dpn TV..tido dgn nenek..

aktiviti pagi ahad maklang bermula sangat2 lah awal..kul 3 pagi..sofy sakit perut tak tido..maklang pun terbangun..dah tergolek depan TV..sapu ubat..kul 4 lebih dia tido..maklang plak tak ngantuk.. pagi2 buta maklang dah buat operasi buat bunga..ada order nak hantar sempena mother's day. lepas menyelesaikan delivery kul 10 lebih, maklang pun mandi2 siap2 sebab nak buat bunga utk nenek n nek su plak. sebelum tu sempat gi baker's cottage beli kek coklat (one of our fav choc cakes gaks).atuk n nenek n uncle muaz nak balik dah..

sementara org2 lain mengemas umah..maklang bungkus bunga..then aktiviti menyerah bunga dan potong cake! muaz bagi bunga kat nenek.yela..maklang pun mak muaz jugak-uncle muaz cakap ni..tapi mak dia..mak dia sorang takleh share..huhu..sofy plak..suh posing bagi bunga kat mama, dia sebok nak cabut berries kat bouquet tu..hehe..potong cake ni muaz n sofy suka lah muaz terus duduk tunggu nak makan cake..sempat habiskan 2 slice cake..



then, atuk, nenek n uncle muaz pun baliklah..tak sampai sejam maklang dapat sms dari nek su..
"along angah ana terima kasih sebab bagi tudung dan bunga ya". maklang reply..kasih diterima.. selamat hari ibu..

erm..kalau nek mah ada lagi, rasanya sumer akan balik Seremban celebrate kat sana..
maklang akan bagi bunga gak kat nek mah..sebab nek mah dan nek su dah mcm mak sendiri pun..
oklah..pics as usual ada goyang ada ok..camera pun ada mood..kejap ok..kejap ko..hehehe..

Quote:

cik adik - mak su in the house yo!!! yer maksu silakan balik..sofy dah rindu. sementara tu maklang leh goreng cendawan celup tepung kentaki yerr
najla - erk..i bukan mom aunt jerr anyway thanks for the wish haah i pon x-iium..sesama 1 blok dengan mommy_d&d, mama-ainna dan khairyn's mummy..

ahhh... teringat ingat cendawan + ayam + udang kak na... nnt adik balik leh wat lg ek... Tue 15-May-2007 13:09
Posted by:cik adik
hi ..hepi belated mom's day to u...eh...u x-iium ye..samala kita

for lovely / cute / branded kids apparel...also special for all moms...kindly visit our fp today... special for cute kid & lovely mom.... just click @ link..& all ur dreams come true....
Thu 17-May-2007 03:58
Posted by:najla e'shopping najlaeshoppe@gmail.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 10-May-2007 12:47 Email | Share | | Bookmark
7 hari lagi!!!

genap sebulan nek mah pegi..
terasa2 nek mah ada lagi..
ermm..sebulan ke setahun ke..10 tahun ke..maklang tetap takan lupakan nek mah..

maklang pun dah kena selsema..sofy plak menempek je..takut gak berjangkit kat dia.. nasib cik ani ada.. kalau tak, susah gak maklang nak handle sofy sorang2..sejak cik ani ada ni, rajinlah maklang masak..sumer pun balik awal makan kat umah..hari ni cik ani jadi tukang rasa masak lemak cili api yang maklang buat..sebab maklang selsema..tak rasa apa pun

7 hari lagi, sofy umur 2 tahun.. maklang kat atas ni..dok dengar dia tergelak2 kat bawah tu.. dah bijak dah..maklang pun dia kelentong..nak gi school je..time tu la nak minum susu la..apa la.. ada je alasan dia...ye la..dok umah best..tgk chi-D(CD) pingu la monster inc la..gi school bergado kot dengan member2 dia..huhu..biasala kat nursery..budak2 ramai..berebut toys etc..
hari tu masa snap pic ni..

maklang rasa mcm sofy dah besar plak..kejapppp sangat! mcm baru nampak dia terkebil2 bukak mata masa lahir..ni tetiba dah "Mr. Mooonnnnn..where are youuuuuu" dah tere cakap...
cepat masa berjalan kan? sofy pun nak dapat adik..hehe..nampak dah scan hari tu.. insyaAllah lelaki kata Dr. Intan..wah sepasang lah anak mama..hehe..
masa dpt sofy excited tak hengat sebab baby girl..sekali dah besar..perangai mcm lelaki gak walaupun ala-ala girlish..huhu..lasak tu! jangan dia buli adik dia cukup!

sebut2 panas..malamnya hari tu terus hujan sepanjang hari..alhamdulillah...maklang bukak la sliding door luas2..sejukkkk je...tetiba nampak bunga raya putih yang nenek tanam kat tepi tu.. banyak bunga! apa lagi..hujan renyai2 tu maklang kuar gak nak ambik pic..heheh..

tadi customer datang ambik bunga utk mak dia sempena mother's day (nak pos ke kedah) so sebelum tu, maklang snap la pic bunga tu dengan pic atuk n nenek..pic masa atuk terima pingat (tak ingat pingat apa lah rasanya pingat yang bawah2 sebab atuk nampak muda je masa tu huhu..kalau pingat atas2 sure nampak rambut putih atuk dah..hehehe..)

di kesempatan ni..maklang nak ckp HAPPY MOTHER'S DAY TO MY MAK..
LOVE U SO MUCH MAK! MAAF KALAU ADA SALAH SILAP
paling best bila maklang share dapur dgn nenek masak2..esp weekend..
maklang memang banyak mewarisi nenek esp bakat/hobi nenek..
memasak, menjahit, melukis, gubah2 bunga, buat2 hantaran..sumer bakat semulajadi ni maklang dapat dari nenek..nenek pun ada bagi maklang buku2 nenek..buku hantaran, buku buat bunga, buku crosstitch je tak bagi sebab maklang tak suka la..leceh..malassss huhu..tunggu je bila nenek nak bagi maklang buku2 kek nenek yang 'berharga' tu (buku2 tu maklong beli kat UK dulu)..kek coklat nenek yang sedap pun maklang lom belaja(cik ani dah tere)..maklang tere buat kek kurma nenek je..
okehla..maklang nak gi makan..mandi pun belum..masak2 terus ngadap pc..

Quote:

nana - ler..kan ada email..apsal tak email je..thanks jenguk masuk sini.. keje kat sini la skrg..
aiNi - tu la...huhu.. kalau streamyx ada kat Labu..sonang yo neknek n atuk tgk kankan?

suzzzzzzzzz.........
akhirnya...dapat jgk nak kesan suz..
selalu gak bkk fp littlepot tp x tau nak celah tang mana....
suz kije kat mana...duk kat putrajaya yer..
rindunyer...lina ape citer yek....
Fri 11-May-2007 01:50
Posted by:mama-ainna  - [Link]
eleh..yok ye je wish..mcm la mak tgk.. Sat 12-May-2007 09:00
Posted by:aiNi
Add comment


Monday, 7-May-2007 11:48 Email | Share | | Bookmark
panas?


desktop maklang yang ke 'pink' an

langit biru!

salam semua..
ermm..maklang tak sure kat tempat lain camana..tapi kat putrajaya ni sangatlahhhh panasss!!
cian sofy malam2 tido asyik bangun je..sebab tak selesa..berpeluh-peluh je..jangan kata sofy, maklang pun sama..dah 3 4 hari takleh nak tido..skrg ni mmg musim panas agaknya..Yahoo Widget maklang menunjukkan 32 darjah celcius..tu pukul 1 lebih..kul 2 lebih ni dah naik 33 plak! kalau dok luar..sah boleh bertukar jadi ikan kering! humidity is 52%..maknanya mmg panas la tu..selalu lebih dr 60%..apa pun, jemur baju 1 jam dah kering..huhu..dan maklang suka betul tengok langit yang membiru..takde awan..bukak tingkap pagi..wahhhhhh...terus capai camera! nanti nak snap pic lagi..

tapi..setiap kali sebut panas, mesti maklang tercakap dalam hati..tak baik mengadu panas2 ni, di akhirat taktau lagi camana kankan? sebab maklang pernah terbaca satu kisah ni (dalam mastika)..org tu meninggal dunia tapi banyak sangat kesusahan dari rumah sampai la ke kubur..rupanya ada org bgtau penulis tu, arwah ni suka merungut pasal cuaca..panas la sejuk la apa la..sejak baca tu, maklang pun terinsaflah seketika..huhu..tapi maklang masih boleh tahan panas, sejuk je tak tahan, senang kena selsema..

sofy baru keberangkatan pulang ke kampung..mama ada appointment doktor malam ni..(ramai sangat appointment dgn Dr. Intan kot, sampai dapat malam plak..well, she's one of the best doc in KL-Sban area, mestilah ramai pesakit nak jumpa kan..) sofy nak naik ERL tu..mesti seronok dia! erk! terlupa maklang nak bagi camera kat cik ani..kalau tak boleh snap pics sofy naik ERL. penah naik dulu..masa kecik2..ni dah besar..mesti nak duduk sendiri..or nak lari-lari (ataupun dok diam buat muka serious..hihihi..)

sofy nak masuk 2 tahun bulan ni (may 17) tapi dah pandai susun ayat nak cakap..antara ayat2 orang besar yang dia cakap..(terkejut kami sumer dengar ayat-ayat spontan sofy!)
"cik ani..ieya dah alik(balik) umah ni..ieya dah ampai(sampai) ni.." -->10 perkataan
"cik ani.. pi lah ikit(sikit) ni, ieya nak alan(jalan) ni.."-->8 perkataan
"cik ani..pat(cepat) ikit(sikit) ni, nak aik(naik) car ni.."-->8 perkataan
"oyo(pocoyo) ni dah ido(tido) ni..dah alik(balik) umah ni..dah aik(naik) atas ni..nak tido ni.."-->16 perkataan(naik atas=naik tingkat atas rumah nak tido dlm bilik)

dan ayat paling best utk cik ani..huhuhu..
"cik ana..cik ani ane(mana) ni..ieya yak ni..nak ebok(cebok) ni.." hahahha...ayat terbaik tahun 2007!

sebut cik ani.. teringat plak maklang..sejak dia panggil cik ani..cik ani..(dulu panggil ani je), habis sumer dia panggil cik..maklang dia panggil ana..dah jadi cik ana..maksu, dia panggil adik..jadi cik adik..maklong dia panggil ila, jadi cik ila..tapi paling best..mama pun dah tukar jadi cik mama!!! huhu.. pueh mama kata jangan panggil cik mama..kalau dah terbawak2 cik dia tu, dia terlupa, dia hentam je sebut cik mama..jangan balik ni, dia panggil cik atuk, cik neknek sudahhhh..hehehehe..

oh ya, kenduri tahlil berjalan lancar..alhamdulillah..sofy seronok lah sebab ramai geng.. sampaikan dah malam, ngantuk tapi dia nak gak main..merengek-rengek nak tido tapi tanak tido..last2 bukak monster inc, senyaplah budak2 depan TV..maklang pun tak kuasa nak layan AF/AIM malam tu.. sebab maklang rasa penat sangat plus bile time kenduri2 ni..maklang teringat betul kat arwah nek mah. mcm ternampak2 je dia antara makcik2 yang dok kehulu kehilir kat dapur masa nak masak tu. malam tu kebanyakan sedara mara tido umah atuk. sumer datang kecuali tok man (taktau la apa halnya lagi tu)..masa kenduri tu, maklang pakai baju kurung nek mah..malam nak tido tu, pakai kaftan nek mah..jeles tau maklang bila bangun tido sabtu tu, cik ani dan cik adik kata, malam tu diaorg mimpi nek mah..maklang mmg jenis susah nak mimpi..kalau mimpi pun, bangun dah tak ingat. selalu mcm tu.. tapi malam tu, maklang rasa lain sangat2..maklang rasa arwah balik..tengok kami..harap2 arwah gembira bila tgk adik beradik berkumpul...
3 hari lagi, genap sebulan arwah pegi..rindu arwah, rindu nak makan karipap yang arwah buat.. rindu nak makan piza yang arwah buat..rindu segala-galanya tentang nek mah..

selama ni sofy jarang betul main dengan teddy besar yang nek mah bagi..tapi lepas nek mah pegi, sofy kerap sangat peluk teddy bear tu..dah jadi one of her fav teddies..sambil peluk, sofy akan cakap, nek mah ni...(maksudnya,nek mah bagi ni)..sofy pun rindu nek mah ye sofy?


antara pics yang jadi..banyak pic goyang..

kanak2 yang posing maut
frm left:trisya(jiran cik inas), icha(mcm nabila!)uncle muaz, sofy, baby nazifah, kakak najwa(dua2 anak maklong linda)

Quote:

sfawani - maklang kalau type..susah nak stop..laju je..
aiNi - ohh..cik ani in the house yo!!
pst..pagi besok jangan lupa mandikan sofy..hantar sofy gi school..ambik sofy..bla bla bla..huhu..

rajinnya maklang nie tulis panjang-2

more editing and
update at :-
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com
Thu 10-May-2007 13:03
Posted by:Shukri Sfawani sfawani@hotmail.com
nk buat mcm mane maklang..ieya mmg suke cik aNi jer Sat 12-May-2007 09:06
Posted by:aiNi
weh mak lang sofy,ko nak dapat anakl sedara baru yeeee???kakak ko peknen baper bulan???huhuhuhuhuh jeles sehhhhh...anyway,alam x jumpe ko kan?bile nk jumpe nih?? Fri 22-Jun-2007 05:00
Posted by:mamaHayyan  - [Link]
Add comment


Sunday, 22-Apr-2007 15:05 Email | Share | | Bookmark
Ermm..

khusyuk tgk monster inc
muka serious mama..huhu
kaki yang menjadi fav maklong
View all 15 photos...
ermm..maklang takleh nak pikir apa title yang sesuai utk entry ni..
our weekend was..okay..i guess..
dulu terkejar2 balik kampung sebab nak tgk nek mah..
tapi ni nek mah dah takde..rasa lain plak..tapi we all still tido bilik tu..(actually bilik tu mcm bilik persinggahan sedara mara)
maklang tak tido sebab teman mama and sofy tido kat bilik atas..
btw sofy masih demam2 batuk selsema..dia ni pantang orang selsema..senang sangat jangkit. malam tido pun terbatuk2 sampai keluar kahak..pastu ngantuk sangat, nak tukar baju menangis2.. kita selimut dia tolak..umah atuk dahla maha sejuk giler kalau malam2..kami sumer pakai toto / comforter tapi dia rileks je..
sabtu maklang gi umah bestfriend maklang..auntie jase. ingat nak bawak sofy tapi dia pun tak berapa sihat..masa siap2 tu pun sofy tengah tido, maklang rasa kesian plak kalau kejut..
ambik tok su(sofy panggil babah sebab uncle muaz panggil babah hehe..) dan nek su kat umah atuk hairul (sabtu lori datang angkat barang..so atuk hairul tak dok senawang lagi dah)..
atuk hairul ada buai bulat yang besar gedabak tu..we all memang suka buai tu. kalau gi umah nek mah selalu lepak kat buai tu. tapi atuk hairul bagi buai tu kat cik pah and cik jaafar kat PD sebab dia kata kalau dia tengok buai tu, dia teringat nek mah (nek mah tunggu dia balik keje kat buai tu)
tu first time maklang tgk rumah baru nek mah..maklang dapat bayangkan kalau nek mah ada lagi, sure we all sumer excited je nak tolong pindah..tapi ni..ermm..ntahla..tambah plak ada *orang* tak berkenaan kat situ malas plak nak ngadap muka dia..
pastu drop cik ani n maksu kat starbuck..terus gi umah auntie jase..lepak dr kul 3-7pm catch up story maa.. lama tak jupe..arina pun dah leh jalan dah (dah setahun)..unfortunately camera tak bawak sebab maklong dah kuarkan cam pagi tu dr handbag maklang aduhh tensen tol!!!! ema dan kaklong pun dtg tapi tak lama..anak ema dah 2thn lebih nak tambah lagi sorang! huhu..musim menambah anak ke hape ni tanya org..sumer tengah pregnant hehehhe..
balik umah makan nasik dengan ever special sambal jering nek su sambil tgk AF. menjilat jari lah maklong..feveret dia tuh

ahad mcm biasa lah..
uncle muaz pepagi dah turun dengan baju tido dia..sofy pun mengekorlah mentor dia ke hulu ke hilir. hari ni mak su nak balik kolej so sebok menge'pack' barang2..after zuhr kami keluar..
maklang teringat nak ckp dgn maklong nak singgah kubur tapi mcm dah lambat so diam je la.. rupanya maksu memang nak singgah..so kami singgah la..sampai je kubur masing2 banjir la menangis kat sana (takla banjir kilat..hehe)
selesai sumer..we all terus hantar mak su..
ermm..setiap kali pegi sana..teringat zaman2 belaja dulu..maksu pun dok kolej yang sama..blok je lain.. rindu tol zaman2 muda maklang..paling rindu masa dok Blok F..
kami 1 blok sumer kira geng la..then bile berpecah rasa bosan je..
missed those days..geng2 1 floor : ani, dak ana, mommy_d&d, han, lina, bdk2 arch bilik sebelah.. and esp my roomates..lina, zurin and bie..yang floor lain mcm mamahayyan, nik, niza modjo, nana,zieta..huh ramai lah kalau nak sebut..sumer ni kenal masa masuk main camp la..sebelum tu tak penah kenal w/pun sama matrik..
sempatlah kami sumer merasa se blok dengan datin juma yang dok tingkat 2 masa tu..huhu..
tapi geng2 blok H pun best gak..adik2 roomate maklang..opie and lyn (bdk2 ni giler layan meteor garden masa tu..maklang pun layan sekali) serta budak2 bilik depan yang mmg sporting..
on the way balik..singgah dunkin donut tol sg. besi..uncle ash pun dah lapar..apa lagi..sedapla dia makan donut dia yang color pink tu. siap dengan aksi2 mulut dia..siap rasa donut maklang lagi..
habislah hari ahad..ermm..maklang kena tido..esok nak hantar sofy pegi school..
apa citerlah esok dia pegi sekolah..lama dah tak pegi..nangis tak la kot..tapi dia akan buat muka masam dia tu..hehehe..kena bekal pen dengan kertas la jawapnya..
okla..ada pics tu..tgk2la ye..byeeee....

Care to comment?


Friday, 20-Apr-2007 04:39 Email | Share | | Bookmark
Tribute to Nek Mah

Nek Mah pulang ke rahmatullah pada pukul 5.10 pagi hari selasa 10.4.2007, kurang 24 jam selepas keluar dari wad paliatif Hospital Seremban. Malam tu kami semua balik sebab atuk buat baca Yaasin atas permintaan arwah nek mah.
Berat hati nak balik hari Ahad tu sebab tgk arwah lemah sangat..tapi dia sendiri cakap.. bile nak balik Putrajaya..dah malam..so lepas peluk cium dia maklang n maklong balik malam tu..
Isnin tghari atuk call tanya sofy camana (sebab dah 3 minggu tak pegi school). maklang kata sumer ok dan sempat tanya nek mah. atuk kata petang tu nak pegi tgk..tiba-tiba maklang ckp..
"kalau makmah tak sihat sangat..call la..ana balik". ntah apsal maklang ckp mcm tu. tak penah2 cakap mcm tu..atuk kata ok..rupanya ptg tu doktor jumpa atuk..advice bawak nek mah balik dan panggil keluarga semua..doktor kata maybe lepas tgk relatives dia sihat skit..
atuk cerita..ptg tu atuk rasa adalah masa yang paling panjang dalam hidup dia..lepas keluar wad..gi ambik ubat..nek mah tunggu dalam kereta dgn mak su..atuk pegi ambik ubat. atuk rasa lamaaa sangat masa berjalan..hati dia tak sedap teringatkan nek mah dengan sakit2 tu tunggu dalam keta. memang takde sapa yang offer nak hantar nek mah balik rumah w/pun ada *orang* yang melawat. atuk terpaksa bawak nek mah ambik ubat sebab kalau tak, kena ambik ubat esoknya..so malam tu nanti termiss makan ubat.
sampai rumah..atuk kata nek mah dah tak larat nak jalan. lepas baring dlm bilik..nek mah suruh bagitau atuk..buat baca Yaasin. berat hati atuk nak buat tapi atuk call atuk bakar. pastu atuk call semua orang suruh balik..
maklang baru je lepas bincang dengan customer yang datang rumah pasal wedding dia. tetiba mama kata balik kampung..walaupun suspect nek mah sakit, maklang diam..cuba calm down. dalam keta maklong citer atuk call suruh balik dan atuk menangis masa bgtau tu, maklang tak boleh nak tahan rasa sedih..
sampai kampung, maklang rasa tak boleh nak keluar dr kereta.berat kaki ni rasanya..
maklang jenguk kat pintu bilik..maklang nampak nek mah baring maklang rasa kecewa..
nek mah tak kuat semangat..nek mah dah putus asa..
maklang panggil2 pun..dia tak bukak mata..
tapi nek mah sempat cium sofy..nek mah sempat panggil acap..nek mah ada sebut..
"nek mah nak ikut nenek.." (nenek=emak nek mah)
tapi maklang puas..dapat jaga nek mah buat kali terakhir malam tu..
mata maklang tak ngantuk langsung..padahal sebelum tu dah tak boleh bukak mata..tapi bile tergerak hati nak tido..hilang je ngantuk..
pukul 4 nek jah bangun..suruh buat susu..nek mah minum..macam biasa..maklang lega tgk perubahan tu..maklang pikir esok lusa elokla nek mah ni..tapi nek mah tak larat dah nak bergerak. terlalu sakit sampai takde air mata yang keluar (sebelum ni kalau sakit, nek mah selalu menangis) tangan dan kaki mula sejuk..nek jah dah menangis tapi maklang tak..walaupun rasa tak sedap hati. atuk hairul duduk sebelah nek mah..tak bangun..pegang tangan nek mah tak lepas
kami sempat tukarkan kain dan baju nek mah sebab berpeluh..lepas tukar tu, kami pujuk dia gerak2 skit tapi masa tu dia dah tak sedar..maklang perasan sebab maklang yang kena angkat kaki dia masa tu..
pukul 5 pagi camtu..tetiba nek jah suruh panggil atuk..maklang terus lari naik tangga panggil atuk. tapi masa tu kebanyakan kami dah bangun sebab nak pegi keje..nenek tengah duduk kat kerusi tunggu air masak terus bangun masuk bilik..
sekelip mata bilik dan penuh..
maklang gosok kaki nek mah..
nek mah nak pergi..maklang tau..tapi maklang masih tak boleh terima kenyataan tu..
bila atuk bakar kata kat atuk.."timah dah takde bang..", maklang rasa masih nampak dia bernafas..
semua menangis..tapi maklang tak..sebab maklang mcm tak percaya nek mah dah pergi..
atuk suruh dengar degupan jantung nek mah..memang takde..
atuk suruh letak tangan kat mulut..tgk ada nafas atau tak..memang takde..
atuk pun tak percaya nek mah dah takde..
cik ani menangis..hari tu hari jadi cik ani..cik ani yang jaga nek mah kat rumah..
nek mah pergi pada hari jadi dia..
alhamdulillah semua berjalan lancar..wajah nek mah bersih bercahaya selepas mandi..
maklang tak ikut pegi kubur..ntah..sampai sekarang masih belum..
maybe esok lusa maklang akan pergi..
malam tu maklang tido kat katil arwah..harap2 arwah datang dalam mimpi..tapi takde..
tapi nek mah sentiasa di hati kami semua..
sofy pun masih tanya "nek mah ner?" setiap kali dia masuk bilik..
sofy rindu nek mak ye?
kita semua rindu nek mah..
29th ni insyaAllah nak buat kenduri arwah kat kampung..
kalau sesapa yang jalan2 ke seremban, jemputlah datang ye..
doakan arwah sentiasa dilindungi Allah..Al-Fathihah..



on Cik Ani's Graduation Day



Nek Mah (Fatimah) - Always In Our Heart


Quote:

mommy d&d - thanks erna..

Innalillahhiwaiinnailaihirojioun...Salam takziah buat Nek Mah..moga rohnya dicucuri Rahmat..
Salam takziah buat Suz sekeluarga.
Sun 22-Apr-2007 08:54
Posted by:mommy_d&d  - [Link]
Add comment


Friday, 6-Apr-2007 06:09 Email | Share | | Bookmark
PART 2

 
 
 
sorry i was reallyyyy sleepy masa type hari tu..makan ubat batuk
skrg musim orang sakit ye..
back to sofy's story..
that late evening..badan dia panas balik. letak air dia menggigil sejuk tapi kepala dia panas. so mama and maklong decided to take her to the hospital. memandangkan Hospital Putrajaya dijangka akan tunggu lama sebab ramai orang, we all sumer pun terus ke Emergency Hospital Serdang. belum masuk lagi pun, sofy muntah2 lagi..tekak dia gatal..so dia muntah habis susu yang dia minum. habisss baju mama..sementara mama tukar baju (papa ada baju spare dalam keta ) so dah registered. tunggu la..lama gakla.. sejam! huhu..sambil tu mama called kampung bgtau bawak sofy gi hospital. sempat la mama, papa and maklong 'bertekak' kat luar tu nak decide sapa should go inside to see the doctor hehehhe..papa kata mama n maklong sebab maklong yang tau apa terjadi tadi..maklong plak tanak..at last..mama n maklong masuk.. kejap lepas tu dengar sora budak menjerit..ermm macam ku kenal suara itu..siapa ya
keluar2 tgk..aduhai tangan kena cucuk nak ambik darah!
hah?? sofy kena masuk hospital?? muka dia sedey je masa tu..
terus kitaorg di hantar oleh seorang staff ke tingkat 5 Paediatric Ward (5A)
masa masuk kat pintu tu, staff tu kata..welcome to the zoo..hehe
masa tu plak, ada sorang lagi baby masuk wad sama..sofy terus tegur dia.."hi baby"
semua ketawa..termasuk staff yang hantar tu..sofy2..cheeky tol..

dah masuk..malam tu mama jaga..then 2 malam pastu maklong jaga..mama tak berapa sihat.. siang maklang gilir2 dgn mama..sabtu..sumer berkampung kat sana..hehe
hari khamis sofy pindah ke 5B..dah ok skit..tapi tangan still berbalut..nak masuk ubat..
atuk n uncle muaz datang everyday..cik ani n nenek gilir2 datang sebab kena jaga nek mah kat rumah (nek mah admitted to palliative ward plak skrg ni we're all going back tonite)

sofy ni sibuk nak main..berapa kali leaking tangan dia..so nurse cucuk tangan kanan plak..dah takleh pegang pen..apa lagi, mengamukla dia takleh tulis. habis dia campak sumer pen2..sian mama kena kutip..uncle muaz pun kena kutip..citer kelakar uncle..uncle sanggup tukar baju dalam keta(atuk ambik dia kat sek terus gi hosp) sebab nak jumpa sofy. tapi sofy mmg happy sangat jumpa uncle...

lepas dah tak masuk air..sofy boleh jalan2 freely..apa lagi..round 1 ward la..siap keluar2 lagi.. pastu ada zoo kan..so dia berbual2 la dengan tiger, monkey, bear, bird, fish etc..

weekend atok awal2 dah sampai..pastu call..mana korang ni tak nampak2 lagi..hehe..gi awal pun bukan boleh masuk..12.30pm baru boleh masuk. penuh la wad dengan kami je..since hospital serdang ni hospital kerajaan..so takde bilik utk wad kanak2..segan gak sebab kami ni 'memokak yo'<-- bak kata cik ani dalam wad tu..hehe

but i have to say..service di Hospital Serdang SANGAT baik..service ward la..lain taktau hehe.. nurse2 pun sangat OK..mmg mcm hospital swasta..dan bayaran hanyalah..jeng3x..RM35.00 je.. huhu..murah kan..kat sini pun mana ada hospital swasta..so Hospital Serdang la alternatifnya. lagipun sebab dia first time admitted to hospital..baik masuk hospital kerajaan..(kata atuk)..

ermm..ni ada pic sofy bersama2 kami bercuti di hospital..hehe..
apa pun..maklang masih terbayang2 saat2 dia kena seizure tu..sampai skrg..
erk..dah2 tanak citer lagi..but now she's okay..dah dpt angin kampung..next week balik sini semula.. dah 3 minggu tak gi school..tatau la camana nanti hehe..
ok..enjoy the pics..





Quote:
mamahayyan - buat pengetahuan ko..dia pegang tu sebab adik lelaki aku ada depan dia, takutla nak buat perangai!

suz,aku dah merasa dok wad paed last year.masa tu hayyan kene pneumonia.sedih tau masa tu sbb first day puasa aku sahur kt hospital.uhuhuukss..tapi aku kagum la ngan sofy sbb dia boleh pegang sendiri neb tu.masa hayyan ari tu,aku kene bedung hayyan.itu pun meraung-raung dia nangis. Mon 9-Apr-2007 04:04
Posted by:mamaHayyan  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.